Aku tak mengenali Sufi...
Dia lelaki kenalan anakku...
Kata anakku...
Kali pertama di pusat latihan kemahiran Mara, dia mengaku pada ustaz, dia tidak tahu membaca Al-Fatihah. ...
Kata anakku...
Beberapa minggu selepasnya... dia membaca surah Al-Fatihah dengan fasih dalam program talent time...
Dan hari-hari berlalu handphone dalam poketnya sentiasa berdendang ayat-ayat Al-Qur'an....
Tapi...
Hari ini anakku baru memulakan kelas setelah 2 minggu cuti sakit...
Hari ini anakku terima berita Sufi telah pergi mengadap Ilahi Sabtu yang lalu...
................
Hidup bukan kerana kita sihat...
Mati bukan kerana kita sakit...
Al-Fatihah untuk arwah Sufi...
~matapena ~