Sunday, 21 September 2014

DIAM... bukan gunung berapi...

Berdiam dan mendiamkan diri...
Bukan melarikan diri...
Sedang gigih berdiri sendiri...
Dalam hati yang penuh berdaki. ..
Bersatu dalam alam mukjizat Ilahi...

Berdiam dan termanggu sendiri...
Bila diri dijentik jauh oleh sahabat sendiri... Gundah hati menyelosori onak duri ...
Apakah jawapanMu sebenarnya Ya Rabbi...

Berdiam punya hikmah terpuji...
Benar ..kerana itu janji Allah kepada nabi... Sesungguhnya orang yang sabar tidak akan rugi...
Allah beri jalan keluar dengan cara yang tersendiri. ..

Berdiam dan akan terus memperbaikki diri... Banyak bicara kosong akan memberatkan buku di sebelah kiri...
Kembalikan diri dan hati pada Ilahi...
Kerana syurga Allah benar pasti...
Jangan lihat siapa aku sebelum ini...
Tapi beriringanlah denganku supaya kita berkampung di syurga Firdaus nanti...

Subhaanallah wabihamdihi. ..
Subhaanallah al'azhim. ..

~ matapena ~

Sunday, 14 September 2014

JANGAN anakku...

Jangan ingat diri ulamak pasti akan masuk syurga...

Jangan ingat diri tak mendekati islam pasti akan masuk neraka...

Jangan pernah merasa diri hebat dgn pangkat harta dan anak2 yang ramai kerana semua itu adalah nikmat dan ujian paling besar bakal menarik diri ke neraka jika kamu tidak bersyukur....

Jangan pernah merasa berputus asa dengan rahmat Allah jika hidup sentiasa dalam kepayahan dan kesakitan kerana itu adalah salah satu jalan untuk menghapuskan dosa kita yg lalu dan ujian untuk menebalkan iman di dada...

Jangan anakku....kerana setiap dari kita Allah telah beri peluang untuk sentiasa memohon petunjuk dan keampunan dariNya. ...

Jangan kesah dengan apa manusia kata dan pinta... jika ikhlas cintakan Allah dan RasulNya ...

Jangan bersenang lenang di dunia, berpayah payahlah....  kerana Allah telah berjanji akan menguji hambaNya yang memilih jalan menuju ke syurga ...

~ matapena ~