Duduk merenung Ramadhan yang telah berlalu...
Sebelum Ramadhan bermula, aku telah rancangkan untuk bertarawikh di surau atau masjid seboleh mungkin... nak bertadarus dan mempertingkatkan kekerapan membaca Al Quran sepanjang bulan suci ... aku anggap Ramadhan kali ni adalah hijrah terbesar dalam hidupku. Bulan sebagai latihan untuk aku menempuh hari hari mendatang... dan aku perlukan kekuatan dalaman, badan yang sihat dan cerdas...
Jadi sebulan sebelum Ramadhan aku start makan vitamin untuk pastikan aku tak terkena selsema ( penyakit ni kalau hinggap berminggu minggu baru hilang). Channel radio aku tukarkan kpd radio ikim.fm saja. cd dlm kereta pun tukar semua zikir dan ceramah agama...supaya mood aku sentiasa ingatkan Allah dan nikmatnya Ramadhan nanti. begitulah hari demi hari sehinggalah Ramadhan bermula...
Diawal Ramadhan, jadual tugasanku terikat dengan on call dan standby team..dah menghalang aku dari pergi bertarawikh di masjid. Cukup 7 hari Ramadhan berlalu...seorang demi seorang anakku dilanda demam panas muntah muntah dan demam denggi... silih berganti masuk ward. Yang mana tak masuk wad terpaksa juga aku bawa tidur di wad ...hanya bila anak yang sakit ada depan mata hati aku rasa lega... lebih dua minggu aku tak bekerja kerana menguruskan anak anak yang sakit...berulang alik hospital dan rumah. Berbuka puasa setakat apa yang ada...bersahur dengan 3 biji kurma dah mengenyangkan... segala perancanganku untuk berjemaah di surau dan masjid berlalu begitu sahaja...
Pengajarannya...
Walau apapun perancangan manusia...keputusan Allah adalah yang terbaik...
Memang payah aku rasakan melalui hari hari di hospital bersama anak2 yg tak sihat...tapi setiapkali merenung apa yang terjadi pada saudaraku di Gaza, buat aku lupa tentang kepayahan sendiri..malah hatiku berkata "apalah sangat sakit anak anakku berbanding dengan saudaraku di Gaza yang menunggu giliran untuk di bom" .. hinggakan airmataku lebih banyak mengalir bila mengenangkan nasib anak anak kecil di Gaza berbanding anak anakku sendiri.. Memang tak lena tidur di hospital...tapi rupanya Allah nak beri aku peluang untuk beribadah waktu malam hari walaupun bukan di surau atau masjid.... Alhamdulillah...Allah berikan aku kesihatan yang baik seperti yang aku inginkan...tapi rupanya kesihatan itu untuk aku beribadah menjaga anak anak yang sakit dengan cara yang tak kujangkakan...
Aku yakin...ujian demi ujian yang Allah berikan untuk menghapuskan segala dosa hambaNya yang lalu... Mungkin dulu aku alpa kerana aku memilikki segalanya dalam hidup...mungkin juga aku riak tanpa aku sedari. Mulut lafaz syukur tapi hati masih bertompok tompok dengan kehidupan yang melebihkan dunia dari akhirat itu sendiri...mungkin kerana terlalu banyak insan dan perkara dalam dunia ini yang aku terlalu cintai dan kasihi...terlalu sayang dan sukar untuk aku lepaskan...hingga aku lupa mencintai Allah dan RasulNya adalah cinta kasih sayang yang abadi...
Dulu...aku tidak diuji...kerana Allah mahu aku datang mencariNya...
Ujianku bermula bila aku memilikki segala kehidupan dunia tapi hatiku mula mencari cari sinarNya...mencari hidayahNya...
1435H...benar adalah tahun hijrah minda dan jiwaku...
Ya Rahman Ya Jabbar... kurniakanlah kepadaku bahang Ramadhan yang sentiasa membara di jiwa... Aamiinn..