Takdir yang menjadikanku kelu...
Bisu dari berkongsi suka dukaku...
Takku kenal antara kamu...
Siapa saudara siapa seteru...
~ matapena ~
Takdir yang menjadikanku kelu...
Bisu dari berkongsi suka dukaku...
Takku kenal antara kamu...
Siapa saudara siapa seteru...
~ matapena ~
Mata ... punca segala cerita ...
Telinga ... menadah suara hak dan batil ...
Hati dan Minda ... sahabat yang saling membuat pertimbangan ...
Lidah ... pemutus bicara jalan cerita ...
~ matapena ~
Berdiam dan mendiamkan diri...
Bukan melarikan diri...
Sedang gigih berdiri sendiri...
Dalam hati yang penuh berdaki. ..
Bersatu dalam alam mukjizat Ilahi...
Berdiam dan termanggu sendiri...
Bila diri dijentik jauh oleh sahabat sendiri... Gundah hati menyelosori onak duri ...
Apakah jawapanMu sebenarnya Ya Rabbi...
Berdiam punya hikmah terpuji...
Benar ..kerana itu janji Allah kepada nabi... Sesungguhnya orang yang sabar tidak akan rugi...
Allah beri jalan keluar dengan cara yang tersendiri. ..
Berdiam dan akan terus memperbaikki diri... Banyak bicara kosong akan memberatkan buku di sebelah kiri...
Kembalikan diri dan hati pada Ilahi...
Kerana syurga Allah benar pasti...
Jangan lihat siapa aku sebelum ini...
Tapi beriringanlah denganku supaya kita berkampung di syurga Firdaus nanti...
Subhaanallah wabihamdihi. ..
Subhaanallah al'azhim. ..
~ matapena ~
Jangan ingat diri ulamak pasti akan masuk syurga...
Jangan ingat diri tak mendekati islam pasti akan masuk neraka...
Jangan pernah merasa diri hebat dgn pangkat harta dan anak2 yang ramai kerana semua itu adalah nikmat dan ujian paling besar bakal menarik diri ke neraka jika kamu tidak bersyukur....
Jangan pernah merasa berputus asa dengan rahmat Allah jika hidup sentiasa dalam kepayahan dan kesakitan kerana itu adalah salah satu jalan untuk menghapuskan dosa kita yg lalu dan ujian untuk menebalkan iman di dada...
Jangan anakku....kerana setiap dari kita Allah telah beri peluang untuk sentiasa memohon petunjuk dan keampunan dariNya. ...
Jangan kesah dengan apa manusia kata dan pinta... jika ikhlas cintakan Allah dan RasulNya ...
Jangan bersenang lenang di dunia, berpayah payahlah.... kerana Allah telah berjanji akan menguji hambaNya yang memilih jalan menuju ke syurga ...
~ matapena ~
Assalamu'alaikum. .. dan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan... cukup lama jari berehat dari melakarkan cerita...bukan tiada bahan...tapi bahan sering jadi tangguhan. .. sudahnya tiada cerita yang mampu dikongsikan. . Kesian kan ?? 😆
Tika ini sedang menemani anak sulung yang tak sihat..aku mencuri waktu mengintai laman yang dah lama rasanya tak ku jengah... Aku baru habis baca cerita pasal ayam jantan...tetiba teringat waktu remaja ku. .. aku sering tidur lewat malam hingga dinihari. ..hampir setiap malam... dan setiapkali mencecah 1:30 pagi...aku akan dengar suara ayam berkokok. ..bersahut-sahutan hingga yang jauh sekali sayup sekali cuping telinga ni menangkap suaranya. .. Bila dah tak kedengaran lagi sahutan yang jauh ...ayam yg terdekat akan mula berkokok balik...dan begitulah hingga santap ke pukul 3 pagi yang aku pernah perasan. .. mak kata...ayam tu nampak malaikat...tu sebab dia berkokok. ..
Rupanya betul cakap mak... pernah diriwayatkan oleh Muslim, sabda Rasulullah s.a.w "Apabila kamu semua mendengar kokokan ayam, pohonlah kelebihan Allah daripadaNya. Sesungguhnya ia telah melihat malaikat. .." ..dan lagi ayam tu sedang berusaha mengejutkan manusia untuk bermunajat kepada Maha Pencipta...
Subhaanallah al'azhim. ..setiap benda yang Allah cipta itu tidak sia-sia. ..
Wahai sahabat...
Buatlah aku mengerti sehingga kau berjauh hati ...
Buatlah aku sedar jika sikap aku selama ini tak kau senangi...
Buatlah aku faham mengapa aku dipinggirkan begini...
Ya Ilahi.... dia minta aku jangan bertemunya lagi...sedang aku telah berjanji denganMu... dialah sahabat yang akan kubawa hingga ke mati... malah kami dah berjanji akan mencari sesama sendiri di syurga nanti... Kau yang pertemukan hati kami...dan dengan takdirMu jualah yang akan memisahkan hati kami...
Wahai sahabat...
Buatlah aku mengerti...
Makna kejauhan ini...
Rentetan dari status kenalan di fb...dengan gambar purnama mengambang... katanya..."Andai bulan berbicara.."
Aku cuma teringat pada zaman remajaku...usai membantu mak buat kuih utk meniaga esok, lewat jam 12 tengah malam...aku akan berjalan keluar di laman rumah...mendongak ke langit...menikmati indahnya langit malam di hiasi bintang dan bulan... yg paling indah saat bulan mengambang penuh ...cahayanya menyirami seluruh laman... segalanya ku hayati dan ku nikmati sendiri...dan ku kagumi keindahan ciptaan Ilahi... dalam diam aku berteka teki... di mana uniknya bulan itu hingga mata ini tak mampu berpaling pabila melihatmu...
Dewasa ini...aku masih begitu...masih mengkagumi anugerah ciptaanMu... hatta tengah memandu pun....sedaya mungkin akan ku tatap keindahanmu... dan kini aku akan berkata pd anak2 ku..."lihatlah kurnia Allah...Subhaanallah. .. " dan kami akan bercerita ttg peredaran bumi dan matahari... ttg betapa kerdilnya manusia takkan mampu menandingi cakerawala aturan Allah.. Allahuakbar. .
Usai usia ini menjejak 40 tahun...aku lebih dekat dengan diriku. Diri ini yang selama ini aku lupakan untuk kehidupan orang lain...hingga aku lupa erti halatuju sebenar...hingga aku lupa erti bahagia sebenar... hingga aku lupa erti cinta manusia sebenar.. dan apakah aku orang yang mementingkan diri bila aku mula mempersoalkan erti "kebahagiaan hakiki" ..?? Bila aku mula melihat kehidupan selepas mati lebih dari duniawi...