Thursday, 1 May 2014

Hari-hari Dalam Bulan May...


Selamat Hari Pekerja ..".tapi pesakit tak pernah cuti" ..maknanya orang yang kerja misi macam aku ni memang dah tentunya kena kerja... Sejak minggu lepas jaga pesakit yang satu ni...semoga dia cepat sembuh... Bekerja di waktu cuti bukan sebab kami pekerja cemerlang..tapi dah rutin petugas lapangan kami begini...seperti juga polis..bomba...askar dan sebagainya... 
Bagi yang suri rumahtangga pula..patutnya hari ni dia harus diberi rehat...so orang lain pulak kene sediakan sarapan/lunch/ tea/dinner/supper.... org lain basuh baju...gosok baju...kemas rumah...sapu mop lantai... dia patut diberi rehat dan dibawa keluar makan angin...rehat fizikal..rehat minda.. Mungkin ada suri rumah yang akan dilayan begitu...tapi majoritinya TIDAK...tidak okay.... Masa cuti ni...kerja suri rumah meningkat 500%... semua pakat melepak kat rumah tunggu emak masak..nak makan sedap2... kalau nasib ada ahli keluarga yang ringan tulang nak membantu oklah...tapi kalau dapat yang jenis nak terhidang depan mata.... memang kesian emak yang macam ni... tapi emak selalunya akan kata "takpe...kamu tu penat...pergilah rehat...". 

Selamat Hari Ibu... pada aku hari2 pun hari ibu...especially aku yang tak punya ibu... Al-Fatihah untuk arwah mak...  
 Gambar ni mase usiaku 2 tahun lebih... Macam aku kata tadi...emak selalu kata..."kamu tu penat..pergilah rehat.." ..yang mana setiap emak pun akan buat apa saja asalkan anaknya bahagia... pengorbanan mak tak terbalas oleh mana2 anak pun...dan ustaz pernah berkata.."bila cium tangan ibu kita...sedarlah bahawa tangan inilah yang membelai kita sejak bayi...yang memasak dan menyuapkan makanan ke mulut kita...memimpin kita bertatih... mengajar kita menulis...membalut setiap luka di badan ... menyambut bila kita jatuh...tangan inilah yang mencuci najis kita.... tanpa jemu..."... 
Tanyalah dengan hati sendiri...ada tak emak yang lahirkan anak lepas tu tak buat apa2 untuk anaknya... hatta binatang pun Allah kurniakan sifat kasih pada anaknya sendiri.... Hargailah ibu...dan aku cukup hairan sikap sesetengah anak asyik mencari alasan untuk mengelak menjaga ibu yang sakit...terutamanya anak lelaki... tanggungjawab menjaga ibu digalas sepenuhnya  atas bahumu wahai lelaki... kamu segan untuk baring disebelah ibu bila ibu batuk2 malam hari ???...sedangkan ibumu bersengkang mata menjaga kamu waktu kecil walaupun batuk2 kecil... Segan untuk mencuci najis ibu?? sedangkan masa kecil kamu kencing merata2...ibumulah yang mencucinya.... Inilah realiti hidup...yang Allah dah jamukan depan mata kita dewasa ini...


Selamat Hari Guru... kata mak..."cikgu adalah ibubapa kedua kita"... lepas dengar cakap mak dan abah..ketiga adalah cakap cikgu... Kalau masa zaman aku sekolah dulu (masa kat kampung) ..kerjaya guru amat2 di hormati. Siapa cikgu kita, satu kampung kenal... Kalau cikgu mengadu silap kita kat mak dan abah...tak payahlah nak reka2 jawapan...kau balik rumah..tadah je tangan...bersedia untuk di rotan!!! hahaha... kenangan manis tu... Cikgu2 yang masih dalam ingatan aku dari sekolah rendah ialah..cikgu Zakiah (darjah 1)..cikgu Nordin (darjah 2)... darjah 3 & 4 (tak henggat).. arwah cikgu Asmah (darjah 5) .. dan cikgu perempuan dalam pic ni yang tetiba aku lupa namanya (darjah 6)... kat dlm pic ni ada cikgu Sulaiman, ustaz Dahlan dan lain2 tu tak ingat dah...
Kalau banding kerjaya cikgu dulu dan sekarang...sekarg lebih mencabar...dgn zaman ITnya..dgn karenah anak2 yg dah tak boleh nak dipekakan dengan alam semulajadi... cabarannya begitu... tapi bak kata Syaidina Abu Bakar...didiklah anak-anakmu mengikut zaman mereka dibesarkan... betul tu...Tugas guru sesudah ibubapa...membantu memupuk nilai2 murni dalam jiwa anak2 muridnya...supaya lahirnya nanti ANAK yang sholeh da sholehah dan PEKERJA yang berjaya dunia dan akhirat... in syaa Allah...


No comments: