Friday, 18 December 2015

Terimbau...

28 hb Nov ... ibu tua itu duduk di tembok tepi longkang, menggapai tanganku dan aku terus melutut mengadapnya. ..
"Anim dah meninggal...kawan kau dah tak ade..." rintih nya dalam juraian airmata... Aku diam membungkam wajah...sungguh dah berbulan arwah pergi, lara ibu ini takkan berkesudahan...
Arwah Faridah Hanim Binti Abdullah... adalah teman sepermainanku sejak kecil di kampung...
Ya Allah. ..ampunkanlah dosa sahabatku... tempatkanlah rohnya di kalangan hamba-hambaMu yang sholehah... kurniakanlah alam barzakhnya dari taman-taman syurgaMu. .. 
aamiinn Ya Rabb ...

Thursday, 19 November 2015

Kasihkan ku pertahankan...

Apakah maksud ayat di atas..?
Apakah pasangan yang kecundang dalam perkahwinan tidak sedaya upaya mempertahankan hubungan mereka demi kebahagiaan keluarga..?
Apakah bila pasangan sanggup bertahan tapi menjeruk rasa ...keluarga mereka aman bahagia..?
Apakah wujud wanita yang setara iman Asiah isteri firaun di zaman ini..?
Apakah wujud lelaki setara Nabi Luth yang bertabah dengan kemungkaran isterinya..?
Apakah pengakhiran kisah Asiah dan Nabi Luth bersama pasangan masing-masing.. bahagia hingga ke syurga?

Pertemuan dan perceraian sudah tertulis di atas batu bersurat takdir Yang Esa...
Jalan cerita masing-masing menjadi sebab musabab terjadinya peristiwa... kerana itu hukum alam.
Allah itu Al Malik ... Al Jabbar...
Sekelip mata kita di kurniaNya cinta...
Jika cinta itu bukan keranaNya...
Sekelip mata jua cinta hilang di jiwa...
Kerana pesan Ar Rahman...

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."
(Al-Baqarah:152 )

~ matapena ~

Wednesday, 14 October 2015

Nota Hijrah Politik

Letaklah anak siapapun...dari parti mana pun memerintah... dari bangsa apa sekalipun... (selagi semuanya masih berkata kamilah yang lebih baik!!!) ... kalau dah pemimpin itu berRAJAkan nafsu, meletakkan NAMA, DARJAT, BANGSA dan DUNIA sebagai nombor satu (priority) ... hasilnya tetap akan sama... Tak perlulah nak bangga mendabik dada kata kita negara ISLAM kalau dah sistem perundangan berpaksikan bukan islam! Pulanglah kepada agama Allah... Tegakkan UNDANG-UNDANG Allah... Berpolitiklah cara Rasulullah s.a.w... Aku sedih melihat rakyat Malaysia ditindas dalam senyum para pemimpin... Aku lebih sedih bila memikirkan tiada satu sen pun hasil titik peluh yang dihalalkan oleh rakyat atas kezaliman para pemimpin masa kini... Pintu rahmat Allah masih terbuka...dan moga pintu itu masih terbuka untuk mu bilamana hatimu celik pada tujuan hidup di dunia...

Tuesday, 13 October 2015

Nota Hijrah

Nota Hijrah.
Hidup jadi tak indah bila...
Saya kecil, awak besar...
Saya miskin, awak kaya...
Saya hitam, awak putih...
Saya pendek, awak tinggi...
Saya hodoh, awak cantik cam model... Saya kurang berat, berat awak ideal...
Semua perbezaan adalah kurnia Allah semata-mata dan sementara...
Jangan taksub dengan KELEBIHAN. .. Jangan sedih dengan KEKURANGAN... kedua-duanya adalah UJIAN...

Nota Hijrah.
Sebenarnya hidup amat indah...
Bila kita melihat hidup itu ibadah...
Dunia ini bukan noktah pada natijah...
Di Mahsyar nanti sketsa hidup temui jalan penyudah...