Assalamu’alaikum…
Kebelakangan ni
banyak sungguh rasa di dada yang tak mampu nak diungkapkan dalam bicara…apatah
lagi untuk dilakarkan oleh matapena… Suatu petang…pandanganku terlepas hingga
ke ruang yang tak terlihat di dunya..ruang yang hanya berbicara antara hatiku
dan Yang Maha Mencipta…
Pernahkah kalian
lalui suatu mimpi di mana kalian tenggelam ditimbus bumi…dan sampai suatu tahap
jasadmu terapung kesejukan…masa itu yang kedengaran hanya suara MENGAGUNGKAN
ALLAH….!!! Pernahkah kalian lalui suatu
fasa …di mana semua persoalanmu tentang hidup tiada jawapan… setiap insan yang
melintas, baik yang teguh agama mahupun yang teguh dunya…semuanya berlalu tanpa
petanda pintu mana yang harus kubuka…??? Pernahkah kalian lalui suatu fasa
genting…saat kalian terkapai-kapai kelemasan…tiada saudara mahupun sahabat
akrab yang menyambut tangan kalian …??? Pergi
berdiri depan cermin…tanya diri sendiri….Pernahkah kamu lalui semuanya itu???
Aku Cuma ingin
berkongsi rasa yang terpalit di dada… sesungguhnya selama hidup, aku telah
tersilap memegang prinsp… aku telah rangkul KURNIA Allah sepenuhnya di hati, tetapi CINTA dan
KASIH pada Allah sendiri aku jinjing sebelah tangan… Kita sering melafazkan
dalam sholat…”sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk
Allah…tuhan semesta alam” …kita lafaz di
bibir..tapi adakah hati kita mengakui??? Hidup dan mati kerana Allah??? Apa perjuangan
aku untuk meneguhkan cinta agung Allah dalam hati???
Kata ustazah…jika
kita telah diberi petunjuk…usah kita berpaling daripadaNya… aku yakin, usai
usiaku 40an …rentetan dari mimpi…dan fasa demi fasa… Allah telah mentakdirkan
kehidupanku ke suatu arah yang tak langsung berada dalam perancanganku… Saat
segala pintu laluan di hadapanku semua tertutup…semua usahaku menemui jalan
buntu…semua persoalanku tiada jawapan… Allah telah mengaturkannya begitu…kerana
dibalik tiap pintu laluan itu adalah jalan yang akan membawa hatiku lebih jauh
dari cinta Allah… Saat getir yang tiada keluarga, saudara dan sahabat akrab di
sisi…Allah jualah yang menghalang tiap pertemuan antara kami, kerana pada
mereka tiada jawapan yang aku cari…dan supaya aku sedar, bahawa sudah sampai
masanya aku singkirkan semua kurnia Allah itu (keluarga, saudara, sahabat dan
hal-hal dunya) dari hati...tinggalkan hanya cinta untuk Allah di hati… hanya
cinta untuk Allah di hati… hanya Allah cinta hatiku…
Apakah bila cinta
Allah di hati, aku membuang dunia??? Tidak… segala di dunya adalah kurnia Allah…
mana mungkin aku membuang tiap pemberian atas dasar cinta kasih sayang Allah
padaku… Aku masih menjalani kehidupan seperti biasa…bekerja, menyanyi bila rasa
teringin…bersukan, nak baling bola bowling lafaz Bismillah “berserta hati”… selitkan
tiap detik Allah di hati…dan aku harus memilih apa yang terbaik untuk
meneruskan perjalanan supaya hatiku sentiasa dekat dengan yang Allah yang ku
cinta… Bila bercinta kita akan sentiasa teringat-ingatkan??? Bercintalah dengan
Allah…kalian akan sentiasa teringat-ingat kehidupan dengan Allah di “sana”
nanti… dan yakinlah… dengan cinta agung Allah, kau takkan takut kehilangan apa-apa
pun di dunya… kerana segala di dunya bersifat sementara…hilang satu perkara
dunya kerana Allah… Allah akan gantikan dengan suatu yang lebih baik , sama ada
di dunya ataupun di “sana” nanti…
Semoga apa yang
ditulis…dapat mencubit sedikit rasa di hati…mempalitkan segaris pandangan dan
renungan yang mendalam… aku hambaNya yang masih merangkak mencari keredhaan di
sisi Nya… segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk itu dari
kelemahanku juga…

