Tuesday, 20 May 2014

Cinta Hatiku...

Assalamu’alaikum…

Kebelakangan ni banyak sungguh rasa di dada yang tak mampu nak diungkapkan dalam bicara…apatah lagi untuk dilakarkan oleh matapena… Suatu petang…pandanganku terlepas hingga ke ruang yang tak terlihat di dunya..ruang yang hanya berbicara antara hatiku dan Yang Maha Mencipta…

Pernahkah kalian lalui suatu mimpi di mana kalian tenggelam ditimbus bumi…dan sampai suatu tahap jasadmu terapung kesejukan…masa itu yang kedengaran hanya suara MENGAGUNGKAN ALLAH….!!!  Pernahkah kalian lalui suatu fasa …di mana semua persoalanmu tentang hidup tiada jawapan… setiap insan yang melintas, baik yang teguh agama mahupun yang teguh dunya…semuanya berlalu tanpa petanda pintu mana yang harus kubuka…??? Pernahkah kalian lalui suatu fasa genting…saat kalian terkapai-kapai kelemasan…tiada saudara mahupun sahabat akrab  yang menyambut tangan kalian …??? Pergi berdiri depan cermin…tanya diri sendiri….Pernahkah kamu lalui semuanya itu???

Aku Cuma ingin berkongsi rasa yang terpalit di dada… sesungguhnya selama hidup, aku telah tersilap memegang prinsp… aku telah rangkul  KURNIA  Allah sepenuhnya di hati, tetapi CINTA dan KASIH pada Allah sendiri aku jinjing sebelah tangan… Kita sering melafazkan dalam sholat…”sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah…tuhan semesta alam”  …kita lafaz di bibir..tapi adakah hati kita mengakui??? Hidup dan mati kerana Allah??? Apa perjuangan aku untuk meneguhkan cinta agung Allah dalam hati???

Kata ustazah…jika kita telah diberi petunjuk…usah kita berpaling daripadaNya… aku yakin, usai usiaku 40an …rentetan dari mimpi…dan fasa demi fasa… Allah telah mentakdirkan kehidupanku ke suatu arah yang tak langsung berada dalam perancanganku… Saat segala pintu laluan di hadapanku semua tertutup…semua usahaku menemui jalan buntu…semua persoalanku tiada jawapan… Allah telah mengaturkannya begitu…kerana dibalik tiap pintu laluan itu adalah jalan yang akan membawa hatiku lebih jauh dari cinta Allah… Saat getir yang tiada keluarga, saudara dan sahabat akrab di sisi…Allah jualah yang menghalang tiap pertemuan antara kami, kerana pada mereka tiada jawapan yang aku cari…dan supaya aku sedar, bahawa sudah sampai masanya aku singkirkan semua kurnia Allah itu (keluarga, saudara, sahabat dan hal-hal dunya) dari hati...tinggalkan hanya cinta untuk Allah di hati… hanya cinta untuk Allah di hati… hanya Allah cinta hatiku…

Apakah bila cinta Allah di hati, aku membuang dunia??? Tidak… segala di dunya adalah kurnia Allah… mana mungkin aku membuang tiap pemberian atas dasar cinta kasih sayang Allah padaku… Aku masih menjalani kehidupan seperti biasa…bekerja, menyanyi bila rasa teringin…bersukan, nak baling bola bowling lafaz Bismillah “berserta hati”… selitkan tiap detik Allah di hati…dan aku harus memilih apa yang terbaik untuk meneruskan perjalanan supaya hatiku sentiasa dekat dengan yang Allah yang ku cinta… Bila bercinta kita akan sentiasa teringat-ingatkan??? Bercintalah dengan Allah…kalian akan sentiasa teringat-ingat kehidupan dengan Allah di “sana” nanti… dan yakinlah… dengan cinta agung Allah, kau takkan takut kehilangan apa-apa pun di dunya… kerana segala di dunya bersifat sementara…hilang satu perkara dunya kerana Allah… Allah akan gantikan dengan suatu yang lebih baik , sama ada di dunya ataupun di “sana” nanti…

Semoga apa yang ditulis…dapat mencubit sedikit rasa di hati…mempalitkan segaris pandangan dan renungan yang mendalam… aku hambaNya yang masih merangkak mencari keredhaan di sisi Nya… segala yang baik datang dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahanku juga…  


No comments: