Sunday, 14 September 2014

JANGAN anakku...

Jangan ingat diri ulamak pasti akan masuk syurga...

Jangan ingat diri tak mendekati islam pasti akan masuk neraka...

Jangan pernah merasa diri hebat dgn pangkat harta dan anak2 yang ramai kerana semua itu adalah nikmat dan ujian paling besar bakal menarik diri ke neraka jika kamu tidak bersyukur....

Jangan pernah merasa berputus asa dengan rahmat Allah jika hidup sentiasa dalam kepayahan dan kesakitan kerana itu adalah salah satu jalan untuk menghapuskan dosa kita yg lalu dan ujian untuk menebalkan iman di dada...

Jangan anakku....kerana setiap dari kita Allah telah beri peluang untuk sentiasa memohon petunjuk dan keampunan dariNya. ...

Jangan kesah dengan apa manusia kata dan pinta... jika ikhlas cintakan Allah dan RasulNya ...

Jangan bersenang lenang di dunia, berpayah payahlah....  kerana Allah telah berjanji akan menguji hambaNya yang memilih jalan menuju ke syurga ...

~ matapena ~

No comments: